LAWATAN KE KILANG COKLAT BERYL'S
Lawatan ini dibawah program Asasi Sains Pertanian UPM. Setibanya disana kami diberi penerangan mengenai coklat dan asal usul coklat.
Pekerja di sini memberi sedikit penerangan
Kemudian kami dibawa ke muzium coklat. Disini kami tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar. Muzium ini mempamerkan jenis jenis koko, asal usul coklat, alatan yang digunakan untuk membuat coklat , jenama coklat terkenal di dunia seperti Cadbury, Kitkat dan sebagainya. Antara negara yang menghasilkan koko ialah Brazil , Madagascar , Venuzuela , Malaysia dan banyak lagi.
Kemudian kami dibawa melawat kawasan pemprosesan coklat. Kami tidak bernasib baik kerana pada hari tersebut mesin mesin dibersihkan, tetapi kami tetap dapat melihat mesin mesin yang digunakan untuk pemprosesan coklat.
Seterusnya, kami dibenarkan untuk membeli coklat di kedai yang terdapat di situ.
Kemudian , kami dibenarkan pulang. Sebelum pulang kami sempat bergambar.
YAY
No comments:
Post a Comment