Saturday, 10 October 2015

                      FAREWELL AMEERA NAJIHA
11 Oktober 2015. Hari Ameera;Am nak fly ke Mesir untuk sambung belajar di Universiti Al Azhar dalam bidang dentistry. Am satu satunya classmate kami yang dah fly. Okay lets throwback

Aku jumpa Am masa tingkatan 4. Kami pindah ke Sekolah Sains Muar dan Am sekelas dengan aku.. Am jenis yang gila gila, banyak bergurau, suka gelak dan pandai.

Habis zaman persekolahan, kita masuk universiti yang sama juga. Phew. Bosan jugaklah 2 tahun menghadap muka Am kat sekolah disambung lagi dekat U. Tapi siapa sangka kau fly dulu eyyy!!

Jadi,kami buat perjumpaan terakhir pada 10 Oktober sehari sebelum Am fly. Tak ramai yang dapat join sebab ramai yang tengah exam+ U jauh jauh. Tapi cukuplah kami untuk menghiburkan hati Am cehh 

Okay Am good luck belajar kat sana. Jangan main main dah eh main perlu tapi jangan over eh . Behave sikit dekat negara orang. Nanti jadi doktor gigi yang berguna kepada agama masyarakat dan negara. Jangan lupa aku dan Sanguiner okayy. BYE





Thursday, 8 October 2015

                   
                       LAWATAN KE KILANG COKLAT BERYL'S

Lawatan ini dibawah program Asasi Sains Pertanian UPM. Setibanya disana kami diberi penerangan mengenai coklat dan asal usul coklat.



Pekerja di sini memberi sedikit penerangan

Kemudian kami dibawa ke muzium coklat. Disini kami tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar. Muzium ini mempamerkan jenis jenis koko, asal usul coklat, alatan yang digunakan untuk membuat coklat , jenama coklat terkenal di dunia seperti Cadbury, Kitkat dan sebagainya. Antara negara yang menghasilkan koko ialah Brazil , Madagascar , Venuzuela , Malaysia dan banyak lagi.

Kemudian kami dibawa melawat kawasan pemprosesan coklat. Kami tidak bernasib baik kerana pada hari tersebut mesin mesin dibersihkan, tetapi kami tetap dapat melihat mesin mesin yang digunakan untuk pemprosesan coklat.

Seterusnya, kami dibenarkan untuk membeli coklat di kedai yang terdapat di situ.



Kemudian , kami dibenarkan pulang. Sebelum pulang kami sempat bergambar.




YAY

Monday, 5 October 2015

         #nabilahjalanjalan : Port Dickson

Plan last minute is always the best. Ni ialah plan syak time dalam kelas. Lepastu semua terus setuju. A trip to port dickson yay

Kitorang sewa kereta ( yela student lagi kan) around RM 55. Pukul 8 pagi kitorang dah gerak. Terus memecut ke tempat yang dituju. Kitorang guna waze. Almaklumlah semua bukan budak are sini.

FIRST : 3D Art Gallery Seremban
Masuk dalam ni kena bayar RM 20. Korang boleh tangkap gambar puas puas. Si Rara ni kaki selfie. so kitorang penat kat sini sebab dia lah. Semua luksan 3D dia nak ambil gambar. Datang sini kena pagi lah. Bayangkan kitorang masuk pukul 10 pagi keluar around 12 tengahhari , kat luar ramai da beratur tunggu turn nak masuk. phew



dari kiri ke kanan aka dari pendek ke tinggi ialah syak, nadia, aku, hamizah dan rara heuheu


SECOND : Pantai Teluk Kemang
Pantai ni memang cantik lah.Angin pon kencang tapi takdalah sampai ribut taufan bagai. Bayu pantaigitu. Orang kat sini memang ramai la. Makanan kat sini pon banyak dan sedap. Mee bandung muar pon ada koo haa hahaha. Kat sini pin ada jual souvenier. Jadi siapa yang dah mai tu belilah bawa balik bagi mak ayah atuk nenek semua.




 



THIRD : UITM Seremban 3

Okay kitorang pergi sini sebab Rara nak jumpa kawan dia. Mulanya aku taknak tapi lupa pulak aku ada kawan juga kat sini. So kat sini kitorang buat hal sendiri lah ( acah tak kenal member time jalan). Uitm ni baru buka tahun 2014. Kira macam U baru juga lah. Cuma sini panas sikit lah. Kawasan bandar kan. Tapi best lah.




gambar kiri ialah Nurin ; kawan aku time sukan ,kira partner ah.
gambar kanan haa ni exco exco aku time kat Sains Muar hehe jumpa terus ambil gamabr , yelah bila lagi nak jumpa


Lepas singgah UITM Seremban 3 kitorang pon balik. Trip yang memenatkan tapi SERONOK!!!!!! You  all should give it a try jugak k


okay tamat dah trip kitorang ke port dickson. yay